Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Alkisah blog ini diwujudkan adalah untuk memenuhi syarat Tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) subjek Guru dan Cabaran Semasa ( EDU 3109 ). Pembinaan blog adalah berlandaskan satu misi dan visi dalam menyebarkan input yang berguna kepada guru pelatih khasnya dalam subjek ini selain dapat mengaplikasikan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah dipelajari. Blog yang mengandungi maklumat berkaitan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh seorang guru terutama guru-guru novis ataupun lebih dikenali dengan nama guru permulaan, diharap dapat memberi serba sedikit pengetahuan dan dapatan kepada para pembaca. Blog ini bertujuan memberikan para pembaca khususnya para guru tentang realiti sebenar pahit getir menjadi seorang pendidik. Diharap dengan melayari blog ini, pembaca akan lebih mendalami ranjau sebenar sebagai seorang pendidik disamping dapat membentuk diri ke arah bersikap lebih luwes dan progresif sehingga akhirnya dapat membentuk satu produk yang holistik.