Dalam era globalisasi kini, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi. Cabaran-cabaran in perlu dihadapi agar konsep globalisasi itu sendiri dapat dikuasai. Antara cabaran globalisasi dalam pendidikan adalah :
Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
Para guru perlu memahami erti globalisasi secara total dimana globalisasi menuntut pembelajaran
secara berteruasan. Ini bermakna pembelajaran yang dialami tidak mengalami sekatan atau perjalanan
pembelajaran yang tidak konsisten atau gangguan.
Inovasi dalam perlaksanaan kurikulum
Inovasi merupakan penemuan. Penemuan dalam kurikulum boleh dicapai andainya seorang guru itu mengambil inisiatif dalam melakukan penyelidikkan bagi mencari punca atau sumber baru dalam
kurikulum. Guru yang cemerlang adalah seorang guru yang mampu melahirkan satu inovasi yang
membawa kesan positif pada pembelajaran yang akan datang.
..CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN..
08:45 |
Labels:
Nota Ringkas
Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat
Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat merupakan satu perkara yang penting dalam era
globalisasi. Ungkapan maklumat dihujung jari menepati kehendak arus globalisasi ini. Ini kerana
teknologi merupakan alat yang sangat ampuh dalam menjana modal insan kelas pertama.
Pengurusan pendidikan
Ini bermaksud kelancaran pentadbiran pendidikan disesebuah institut. Pengurusan yang sistematik dapat
memberikan impak positif untuk pendidikan. Bagi menghasilkan kebolehurusan pentadbiran, maka
kata sepakat perlu dicapai agar keputusan yang diambil dapat menjamin kecemerlangan pengurusan
pendidikan negara.
Pembentukkan jati diri pelajar
Arus globalisasi juga menuntut agar jati diri pelajar dibentuk. Jati diri merupakan perkara yang perlu
disemai agar pelajar tidak mudah terpengaruh dengan budaya luar yang negatif. Ini erupakan cabaran
yang getir kerana tidak semua pelajar mahu jati dirinya dibentuk dengan nilai-nilai murni, tetapi
ramai pelajar rela mendedahkan diri mereka kepada acaman budaya yang membawa imej buruk negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment