..IMPAK POSITIF DAN NEGATIF GLOBALISASI.. ( Double Bubble Map )
..IMPAK NEGATIF GLOBALISASI..
- Ketidakadilan perkongsiaan
- Pemantauan yang mendalam
- Permintaan pasaran tenaga kerja
- Meminggirkan bahasa melayu
- Terbuka kepada persaingan tidak sihat
- Pengkomersilan pendidikan
- Penafian pendemokrasian pendidikan
- Penghayatan ilmu terhakis
..KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN..
Pembelajaran sepanjang hayat
Ini bermakna individu mengalami pembelajaran sepanjang umurnya. Pembelajaran seperti ini akan melahirkan lebih cendiakiawan yang mempunyai pandangan yang meluas dan membina.
Kebolehan berbahasa
Individu perlu memantapkan diri dengan pelbagai bahasa seperti bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa agar tidak berlakunya masalah komunikasi ketika berada dalam arus globalisasi ini.
Kemahiran teknologi
Memperlengkap diri dengan kemahiran teknologi sangat penting agar tidak ketinggalan dia arus moden ini.Guru-guru harus menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ini agar dapat memenuhi aspirasi negara untuk menjadi seorang yang berilmu tinggi dalm pelbagai bidang.
Kesediaan kognitif
Ini bermakna guru perlu memperkasa diri dengan pelbagai ilmu agar kesediaan diri dalam menghadapi pelbagai ranjau pendidikan. Apabila kognitif bersedia maka, segala tindakan atau lakuan dapat diambil dengan tepat.
Warganegara bertanggungjawab
Globalisasi dapat melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dari aspek budaya, politik dan sosial.
..CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN..
Dalam era globalisasi kini, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi. Cabaran-cabaran in perlu dihadapi agar konsep globalisasi itu sendiri dapat dikuasai. Antara cabaran globalisasi dalam pendidikan adalah :
Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
Para guru perlu memahami erti globalisasi secara total dimana globalisasi menuntut pembelajaran
secara berteruasan. Ini bermakna pembelajaran yang dialami tidak mengalami sekatan atau perjalanan
pembelajaran yang tidak konsisten atau gangguan.
Inovasi dalam perlaksanaan kurikulum
Inovasi merupakan penemuan. Penemuan dalam kurikulum boleh dicapai andainya seorang guru itu mengambil inisiatif dalam melakukan penyelidikkan bagi mencari punca atau sumber baru dalam
kurikulum. Guru yang cemerlang adalah seorang guru yang mampu melahirkan satu inovasi yang
membawa kesan positif pada pembelajaran yang akan datang.
..APA ITU GLOBALISASI?..
KEJAYAAN SEKOLAH MENURUT UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organizations)..( Bubble Map )
- Pengurus sekolah ataupun pentadbir mempunyai kuasa autoriti.
- Semua sumber sekolah dikawal dengan baik.
- Pengurusan struktur sekolah yang baik, terurus dan profesional.
- Ketelusan dan kejujuran dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
- Kapasiti dan kepimpinan sesebuah sekolah diperkasakan.
- Ukuran dan pemantauan prestasi sekolah yang dijalankan secara menyeluruh bagi mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya.
..TUJUAN TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO.. ( Bubble Map )
- Diwujudkan untuk memenuhi keperluan pembelajaran asas.
- Diwujudkan untuk membangunkan dan menggerakkan sumber perpaduan antarabangsa.
- Diwujudkan untuk memfokuskan dan memperluaskan skop pembelajaran.
- Diwujudkan bagi memperkukuhkan perkongsian pembangunan dasar.
- Tonggak pendidikan ini diwujudkan untuk menggerakkan sumber perpaduan negara.
..TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO..
1. Murid-murid belajar untuk tahu sesuatu perkara ataupun ilmu.
2. Murid-murid belajar untuk membuat (kemahiran amali).
3. Murid-murid belajar untuk menjadi apa (cita-cita).
4. Murid-murid belajar untuk hidup bersama (bekerjasama bagi membentuk perpaduan).